Adikku Sayang
Adikku Sayang | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Adikku Sayang |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | nasyid |
Pekerjaan | kumpulan |
Tahun aktif | 2006-2008 |
Syarikat rakaman |
Inteam Records
EMI Malaysia |
Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
Ahli |
Mohd. Ilham Abdul Halim, 14 tahun Mohammad Faris Sohaimi, 13 tahun Nur Mohd. Aiman Abu Samah, 13 tahun Abdul Luqman Abd. Razak, 13 tahun
Mohd. Fauzi Affandi, 12 tahun |
Kumpulan Adikku Sayang merupakan sebuah kumpulan nasyid yang bertapak di Malaysia. Ia dianggotai oleh ahli-ahli muda yang berusia antara 12-14 tahun (2008).
Adikku Sayang memiliki keunikan tersendiri yang jarang dimiliki oleh kumpulan nasyid lain.Selain vokalis utama, Muhammad Faris Sohaimi, 13, empat ahli lain iaitu Mohd. Ilham Abdul Halim, 14, Nur Mohd. Aiman Abu Samah dan Abdul Luqman Abd. Razak, masing-masing 13 tahun serta Mohd. Fauzi Affandi, 12, bukan sahaja mampu mengalunkan irama nasyid tetapi berkebolehan dalam menyanyi sambil bermain peralatan perkusi.
Adikku Sayang turut berduet dengan Nazrey Johani menerusi lagu 1,2,3 Sayang dan Syah Inteam (Senandung Anak Pejuang).
Isi kandungan
[sorokkan]Ahli[sunting | sunting sumber]
- Mohd. Ilham Abdul Halim, 14 tahun
- Mohammad Faris Sohaimi, 13 tahun
- Nur Mohd. Aiman Abu Samah, 13 tahun
- Abdul Luqman Abd. Razak, 13 tahun
- Mohd. Fauzi Affandi, 12 tahun
Cover Album[sunting | sunting sumber]
Album[sunting | sunting sumber]
Adikku Sayang - Nasyid-Nasyid Asas Islami (2006)[sunting | sunting sumber]
01 Adikku Sayang - Adikku Sayang.mp3
02 Adikku Sayang - Suwaru Fit Quran.mp3
03 Adikku Sayang - Bulan-Bulan Islam.mp3
04 Adikku Sayang - 10 Malaikat.mp3
05 Adikku Sayang - Sifat 20.mp3
06 Adikku Sayang - Asmaul Husna.mp3
07 Adikku Sayang - Rukun Kita.mp3
08 Adikku Sayang - 25 Rasul.mp3
09 Adikku Sayang - Doa Tilawah.mp3
10 Adikku Sayang - Mari Bersolat.mp3
Adikku Sayang - Zikir Fikir (2008)[sunting | sunting sumber]
01 Adikku Sayang - Zikir Fikir.mp3
02 Adikku Sayang - Al Husaini.mp3
03 Adikku Sayang - Senandung Anak Pejuang.mp3
04 Adikku Sayang - Kasihnya Ibu.mp3
05 Adikku Sayang - Indahnya Alam.mp3
06 Adikku Sayang - 1,2,3 Sayang.mp3
07 Adikku Sayang - Guru Insan Mulia.mp3
08 Adikku Sayang - Asma'ul Anbiya'.mp3
09 Adikku Sayang - Rasul Junjungan.mp3
10 Adikku Sayang - Solatullah.mp3
Lagu[sunting | sunting sumber]
- Zikir Fikir
- Senandung Anak Pejuang
- Al-Husaini
- Kasihnya Ibu
- Indahnya Alam
- 1, 2, 3 Sayang
- Guru Insan Mulia
- Solatullah
- Asma’ul Ambiya’
- Rasul Junjungan
- Adikku Sayang (feat, Amin Inteam)
- Suwaru Fil Quran
- Bulan-Bulan Islam
- 10 Malaikat
- Sifat 20
- Asmaul Husna
- Rukun Kita
- 25 Rasul
- Doa Tilawah
- Mari Bersolat
Oleh ZUARIDA MOHYIN dan QAMARUL MUNIRAH SAID
Kumpulan nasyid Adikku Sayang sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminat mereka.
SATU nikmat besar yang dikurniakan Allah kepada manusia ialah memperoleh perutusan daripada nabi dan rasul. Mereka adalah pembawa risalah Islam, sekali gus menjadi contoh tauladan kepada umat manusia.
Hal ini dijelaskan menerusi firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 164 bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah.
Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan nabi) itu, mereka adalah benar-benar kesesatan yang nyata.
Justeru, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya menjadikan baginda Rasulullah sebagai contoh ikutan. Sebagaimana firman Allah: Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang). ( al-Ahzab: 21)
Ayat ini ditujukan kepada seluruh umat manusia, apatah lagi setiap seseorang itu mengingini kehidupan yang bahagia duniawi dan ukhrawi serta mengharapkan keredaan Allah s.w.t.
Oleh itu, mengenali Nabi Muhammad adalah aset yang tiada tolok bandingannya. Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah, sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, pasti aku mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah, taatilah Allah dan rasulnya, apabila kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran: 32)
Menunaikan ibadah dengan merujuk contoh Nabi Muhammad adalah aplikasi daripada beberapa kewajipan kita terhadap Rasulullah. Antaranya, mengimani, mencintai dan menghidupkan sunahnya.
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang jatuh hari ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1429 Hijrah, maka sudah sepatutnya kita renung dan bermuhasabah diri sama ada sudah layakkah kita ini disebut sebagai pengikutnya? Layakkah kita memperoleh syafaat daripada Baginda ketika di Padang Mahsyar kelak?
Jika belum, bersegeralah lakukan perubahan dan kembali mengenal serta mengamalkan dengan bersungguh- sungguh apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w.: Aku tinggalkan kepadamu dua perkara. Kamu akan selamat jika berpegang teguh kepadanya, kitab Allah (al-Quran) dan sunah rasul. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Hakikatnya, al-Quran bukan sekadar teks yang hanya untuk dibaca. Di dalamnya tertulis penjelasan Allah sebagai petunjuk kepada umat manusia. Hanya dengan mengamalkan bacaan al-Quran, akan menjadi penerang hati dan penyuluh kegelapan kepada kita semua.
Penguasaan al-Quran
Lantaran itulah, setiap Muslim wajib beriman dengan al-Quran dan mewariskan al-Quran kepada anak-anaknya.
Menyedari kepentingan penguasaan al-Quran dalam diri setiap individu terutamanya di kalangan generasi muda sentiasa dijadikan pemangkin semangat kepada pasangan Esa Mustapa, 41, dan isterinya, Rasidah Sakiran, 39, dalam usaha melahirkan anak-anak yang celik al-Quran, sekali gus membina peribadi Muslim sejati. Ia sejajar dengan hadis riwayat Abu Daud dan Muslim: Sesungguhnya peribadi Muhammad itu adalah peribadi Quran.
Malah Esa yang merupakan Pentadbir di Sekolah Agama Subang Jaya, Selangor tidak menyangka penyertaan secara bidan terjun anak ketiga mereka, Muhd. Zakiyuddin, 13, dalam tilawah al-Quran pada pertandingan Amal Islami peringkat zon, kira-kira enam tahun lalu menjadi titik tolak kepada penonjolan bakat semula jadi anaknya dalam bacaan al-Quran secara bertaranum (berlagu).
Saya masih ingat situasi panik masa itu timbul bila peserta yang seharusnya mewakili sekolah menarik diri pada saat-saat akhir. Jadi saya telah mencadangkan anak sendiri yang pada masa itu baru berusia lapan tahun.
Alhamdulillah, Zaki menyandang gelaran naib johan pada penyertaan pertama itu. Kejayaan sulungnya ini menjadi platform kepadanya untuk terus maju dan peluang untuk memperbaiki aspek tajwid, sebutan dan taranum di bawah bimbingan Bilal Masjid Subang Jaya, Ustaz Abdul Hamid.
Ia telah menjadi satu kesinambungan kepada cita-cita saya yang tidak kesampaian suatu waktu dulu kerana ketiadaan peluang seperti sekarang. Malah kami mula sedar akan bakat semula jadi yang ada pada Zaki, kata Esa sewaktu berkunjung ke studio Utusan Malaysia bersama isteri dan Zakiyuddin, baru-baru ini.
Yang pastinya, kemampuan bacaan al-Quran pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Parit Medan, Muar, Johor ini tidak boleh dinafikan. Ini kerana dalam setiap pertandingan yang disertai kedudukan dua teratas sentiasa menjadi miliknya.
Selain dinobatkan Naib Johan Tilawah al-Quran peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Selangor tahun lalu, beliau juga muncul johan Tilawah (Terbuka) Karnival Masjid Negeri Shah Alam, 2007 selain memenuhi jemputan majlis rasmi kerajaan mahupun swasta.
Menurut ibunya, Rasidah yang juga guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), dia tidak menyangka anak ketiga daripada enam adik-beradik itu begitu menonjol pencapaiannya dalam bidang bacaan al-Quran secara bertaranum meskipun tidak menerima tunjuk ajar secara profesional.
Pun begitu, semasa di peringkat pendidikan tadika lagi, kebolehan suaranya telah disedari oleh guru kelas yang menyarankan agar beliau menyertai pertandingan azan. Bermula dari situ bakat dan kelebihan suaranya mula digilap. Zakiyuddin juga katanya, sentiasa mengikut bapanya ke masjid dan membantu melaungkan azan.
Namun paling saya bersyukur ialah kecekalan dan keberaniannya yang tidak gementar ataupun gemuruh setiap kali menjelang hari pertandingan. Satu yang saya dapati, dia adalah seorang yang tidak pernah berputus asa walaupun ada ketikanya dimarahi kerana malas berlatih.
Sikapnya sedemikian mungkin juga kerana sewaktu saya mengandungkannya, ayahnya pernah koma, beberapa hari selepas melalui pembedahan tonsil. Mungkinlah pada masa itu dengan keadaan diri yang tidak pandai memandu, saya terpaksa turun naik bas ke hospital setiap hari. Dari situlah, secara tidak langsung mungkin dia memperoleh kekuatan semangat itu.
Ditambah pula, saya memang menjadikan amalan membaca al-Quran terutamanya surah-surah tertentu seperti Maryam, Lukman dan Yasin sehingga khatam sepanjang tempoh kehamilan, ujar Rasidah yang lebih suka mengajar sendiri anak-anak mengaji.
Ditanya rahsia kejayaan dan bagaimana persediaannya acap kali menjelang pertandingan, ringkas jawapan Zakiyuddin iaitu rajin berlatih, menjaga pemakanan, menarik nafas panjang dan membaca basmallah sebaik kaki melangkah ke pentas perjuangan.
Sementara itu, kumpulan nasyid cilik yang menggelarkan diri mereka Adikku Sayang turut mempunyai misi menyampaikan dakwah menerusi lagu-lagu nasyid.
Adikku Sayang dianggotai oleh Mohd. Ilham Abdul Halim, 14, Mohammad Faris Sohaimi, Nur Mohd. Aiman Abu Sama, Abdul Luqman Abd. Razak, masing-masing 13 tahun dan Mohd. Fauzi Affandi, 12, bukan sahaja memiliki suara lunak malah berbakat bermain peralatan perkusi seperti djembe dan conga.
Menurut salah seorang bapa kepada ahli kumpulan itu yang bertindak selaku pengurus, Abd. Halim Jamaluddin, 54, kejayaan album pertama Adikku Sayang yang terjual melebihi 10,000 unit dua tahun lalu menambahkan semangat anggota ini untuk terus berjuang dalam dunia pendakwahan, di samping mewarnai industri seni tanah air.
Alhamdulillah, penerimaan peminat masih terus diperoleh. Malah apa yang lebih penting ialah matlamat kumpulan ini untuk turut sama memainkan peranan melahirkan generasi Muslim yang memiliki keperibadian unggul. Hiburan itu adalah fitrah bagi manusia tetapi pada masa sama, kita perlu pastikan yang ia berlandaskan syariat.
Kami yakin dengan mempertaruhkan 10 lagu daripada album kedua, Zikir Fikir, mesej berguna yang cuba disampaikan kepada pendengar akan tercapai.
Lebih-lebih lagi, lagu-lagu seperti; Guru Insan Berjasa, Indahnya Alam, Kasihnya Ibu, Rasul Junjungan dan Zikri Fikir, memfokuskan kepada kewajipan kita sebagai khalifah di muka bumi, berpesan-pesan kepada kebaikan, berbuat baik kepada ibu bapa dan guru serta hayati sejarah perjuangan Rasulullah, jelasnya selepas sesi fotografi Adikku Sayang di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Tambah Abdul Halim, pada Maulidur Rasul ini kumpulan Adikku Sayang menerima undangan program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Mereka akan mendendangkan satu lagi sambil bermain alat-alat perkusi
.
sumber : Utusan
Adikku Sayang makin matang
Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED (metra.mohamed@utusan.com.my)
KUMPULAN Adikku Sayang.
BERIKUTAN kejayaan album pertama mereka terjual melebihi 10,000 unit, kumpulan nasyid kanak-kanak, Adikku Sayang kini muncul dengan album terbaru, Zikir Fikir.
Dengan kelahiran album tersebut yang mempertaruhkan 10 buah lagu, kumpulan yang dianggotai lima orang sahabat ini membuktikan mereka masih mendapat tempat di hati peminat nasyid.
Biarpun sambutan masyarakat terhadap lagu-lagu nasyid tidak sehebat satu ketika dahulu, Adikku Sayang tetap positif dan memfokus kepada berdakwah daripada memikirkan soal keuntungan semata.
Adikku Sayang memiliki keunikan tersendiri yang jarang dimiliki oleh kumpulan nasyid lain.
Selain vokalis utama, Muhammad Faris Sohaimi, 13, empat ahli lain iaitu Mohd. Ilham Abdul Halim, 14, Nur Mohd. Aiman Abu Samah dan Abdul Luqman Abd. Razak, masing-masing 13 tahun serta Mohd. Fauzi Affandi, 12, bukan sahaja mampu mengalunkan irama nasyid tetapi berkebolehan dalam menyanyi sambil bermain peralatan perkusi.
Kebolehan yang dimiliki itu menjadikan Adikku Sayang cukup berbeza dan istimewa. Kerana kelebihan itu juga, Adikku Sayang mampu tampil dengan album kedua selepas album pertama dipasarkan dua tahun lalu.
Menyentuh mengenai Zikir Fikir, Mohd. Ilham selaku ketua Adikku Sayang berkata, album tersebut dihasilkan dengan lirik serta melodi yang lebih matang.
Sesuai dengan peningkatan usia kami, Zikir Fikir memuatkan lagu-lagu berunsur pesanan yang disampaikan dalam bentuk santai. Ia amat bersesuaian dengan remaja dan kanak-kanak seusia kami, katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Album Zikir Fikir antara lain menampilkan lagu-lagu seperti Al-Husaini, Indahnya Alam, Rasul Junjungan, Asmaul Ambiya dan Guru Insan Mulia.
Menariknya, bagi memeriahkan lagi album terbaru itu, Adikku Sayang turut berduet dengan Nazrey Johani menerusi lagu 1,2,3 Sayang dan Syah Inteam (Senandung Anak Pejuang).
Adikku Sayang turut merakamkan semula lagu ciptaan dan nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Kasihnya Ibu.
Menurut Mohd. Ilham, melalui album kedua, Adikku Sayang banyak mendapat tunjuk ajar daripada Nazrey dan Syah Inteam.
Mereka berpengalaman dalam nasyid dan pengalaman itu banyak dicurahkan kepada Adikku Sayang, katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kelangsungan hayat artis berkumpulan, ada kalanya, sebahagian daripada mereka tidak kekal lama.
Walaupun segelintir yang masih terus bernyawa sehingga kini, ahli-ahlinya pula sering bertukar ganti.
Namun begitu, bagi Adikku Sayang, mereka akan pastikan untuk bersama dalam menyampaikan dakwah menerusi irama nasyid.
Jika diizinkan Allah, kami akan bersama sampai bila-bila, jelas Mohd. Ilham secara ringkas.
Mengagumi Hassan Thornton
Selaku artis nasyid kanak-kanak yang mampu menyanyi sambil bermain peralatan perkusi, Adikku Sayang menjadikan Steve Hassan Thornton sebagai idola mereka.
Kehebatan Hassan bermain perkusi ketika mengiringi persembahan artis-artis terkemuka sememangnya memukau dan dikagumi ramai.
Setiap daripada kami boleh bermain djembe, conga dan beberapa lagi peralatan perkusi.
Di waktu lapang, kami akan meluangkan masa untuk berlatih agar mampu buat apa yang beliau (Hassan Thornton) lakukan, kata Mohd. Ilham.
sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment