eNasyid.blogspot.com | #AsShoff
Dengan bimbingan dan nasihat daripada Usrah Al Wadi sebagai “abang” dan mentor, As-Shoff (dikenali juga dengan As-Soff), telah mengorak langkah menghasilkan lirik-lirik lagu untuk penerbitan album pertama “Takkan Hilang Islam Di Dunia (1994)” yang memuatkan 12 judul lagu nasyid dengan konsep “Alternative Hiburan Islam”. Walaupun suasana sedih menyelubungi majlis pelancaran album berkenaan di Asrama Melayu Abbasiyyah (30 Disember 1994) akibat kematian salah seorang ahli ketika itu, album berkenaan telah mendapat sambutan yang baik daripada warga al-azhariyun di ardul kinanah itu.Album berkenaan banyak memperlihatkan lirik-lirik ciptaan oleh Wan Abdus Salam, Doktor Jamnul Azhar, Zahibi Mat Isa dan Osman Hamzah berkaitan pembuangan anak, tragedi perang di Bosnia, pencerobohan ke atas masjid Babri di India, pengkisahan dikriminasi jilbab di Malaysia dan lirik-lirik berkaitan jihad, perjuangan dan harapan pada wanita muslimah. Antara tajuk-tajuk lagu yang dimuatkan dalam album berkenaan ialah;
1. As-Shoff (lagu Arab)
2. Bosnia dan Penindasan
3. Serikandi Jilbab
4. Takkan Hilang Islam Di Dunia
5. Bidadari Bayangan
6. Cita-cita @ Sia-sia
7. Babri yang dicerobohi
8. Janji untuk Ayah
9. Di sebalik Tangisan
10. Rintihanku
11. Wa Islam
12. Dodoi pesanan
No comments:
Post a Comment